Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-Ocha dan 10 anggota Kabinetnya terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen, ujian terbesar kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum dalam tempoh 11 bulan.<br /><br />Bekas ketua tentera berusia 68 tahun itu menerima 256 undi percaya berbanding 206 yang menentangnya, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh pada Mac depan.
